A) BAHASA PENGANTAR
- Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan, bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina, dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
- Bahasa-bahasa di atas, ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Datuk Abdul Razak Hussein (1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib (1960), sebagai bahasa pengantar.
FUNGSI BAHASA PENGANTAR
- Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan
- Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar antara kaum yang berbeza-beza.
- Bahasa yang digunakan dalam perhubungan antara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunya pendidikan sekolah Inggeris adalah Bahasa Melayu.
- Orang-orang yang mahu berhubung dengan orang lain dari kaum lain, yang tidak mempunyai pengetahuan Bahasa Inggeris, maka bahasa yang menjadi alat perantaraan adalah Bahasa Melayu.
- Antara orang-orang Cina, Melayu, India dan sebagainya, alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris, tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.
B) BAHASA PERPADUAN
Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.
FUNGSI BAHASA PERPADUAN
- Peranan bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai contohnya,di India Bahasa inggeris dijadikan bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menetang usaha-usaha untuk menjadikan bahasa hindi sebagai bahasa rasmi.
- Bahasa Melayu menjadi bahasa pergaulan atau bahasa perhubungan di antara suku-suku bangsa diseluruh nusantara. Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan bahasa-bahasa lain didunia.
- Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang bukan sahaja digunakan sebagai bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi negara.
- Dewan bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah bahasas yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran, usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan negara yang sedang giat membangun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan