Ahad, 18 November 2012

BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan. Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia, termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu :

  1. Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
  2. Akta Bahasa Kebangsaan, 1963/67 ( disemak 1971 )
  3. Pemberitahuan undang-undang No.410 ( tahun 1967)

 

FUNGSI BAHASA KEBANGSAAN

  • Menyatukan rakyat
  • Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
  • Menggalakkkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
  • Mewujudkan satu budaya, satu bangsa iaitu pembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasrat membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
  • Sebagai alat komunikasi dan pendapat, bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.

 

ASPEK PEMILIHAN

Aspek pemilihan Bahasa Kebangsaan :

  1. Sosial
  2. Ekonomi
  3. Politik

 

PENINGKATAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN

Peningkatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan dan ditinjau melalui dua aspek iaitu:

  • Kesedaran orang Melayu terhadap Bahasa Melayu
  • Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan