Ahad, 18 November 2012

BAHASA RASMI

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

 

PENGENALAN BAHASA RASMI

  • Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditempatkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada.
  • Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen.
  • Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka.
  • Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.

 

FUNGSI BAHASA RASMI

Antara fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi ialah:

  1. Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara.
  2. Sebagai media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.
  3. Digunakan dalam semua rekod kerajaan.
  4. Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran.
  5. Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan