Ahad, 18 November 2012

Kata Kerja

Kata Kerja ialah kata yang menunjukkan perbuatan. Perbuatan yang dilakukan oleh manusia, binatang atau benda.

Kata Kerja terbahagia kepada 2 iaitu :

 
A. Kata kerja transitif

  • Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti objek selepasnya untuk membentuk predikat ayat.
  • Contoh :  Kakak membasuh baju.“Membasuh” ialah kata kerja transitif manakala “baju” pula ialah objek bagi kata kerja “membasuh”. “…membasuh baju.” merupakan predikat bagi ayat tersebut.
  • Kata Kerja transitif terbahagia kepada 2

i.   kata kerja transitif dalam ayat aktif. Contoh : Puan Minah membuka pintu bilik.
ii.  kata kerja transitif dalam ayat pasif. Contoh : Pintu bilik dibuka oleh Puan Minah.


B. Kata kerja tak transitif
  • Kata kerja tak transitif ialah kata yang tidak memerlukan objek selepasnya.
  • Kata kerja ini boleh berdiri sendiri sebagai frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat ayat.
  • Contoh:  Kumar berenang..
“Berenang” ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek selepasnya.
  • Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua, iaitu:
i.  kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. Contoh : Ibu saya masih tidur.
ii. kata kerja tak transitif berpelengkap. Contoh :  Kami tinggal di Seremban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan