Ahad, 18 November 2012

Kata Tunggal

Kata Tunggal adalah bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk dan bentuk kata ganda. Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan bentuk terbitan.Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.  Contoh:

    • satu suku kata – am, dan, roh, skru
    • dua suku kata – itu, ubi, aku

 

Jenis Kata Tunggal

i. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.

Contoh:
a.Itu ?
b.Bakal!
c.Saya.

ii. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.

Contohnya:
a.di mana?
b.untuk siapa?
c.ke Johor.

 

Bentuk Kata Tunggal :


i.Kata tunggal satu suku kata
Contoh:
am - VK
had - KVK
wang - KVK
brek- KKVK
skrip- KKKVK


ii. Kata tunggal dua suku kata
Contoh:
aku { a + ku }V + KV
syahdu { syah + du} KVK + KV
bulat{ bu + lat }KV + KVK
buih { bu + ih} KV + VK
bengkok{ beng + kok}KVK +KVK


iii. Kata tunggal tiga suku kata
Contoh:
bahaya{ba+ha+ya} KV+KV+KV
mentua{men+tu+a} KVK+KV+V
isyarat {i+sya+rat} V+KV+KVK
Gembira {gem+bi+ra} KVK+KV+KV
Matlamat {mat+la+mat}KVK+KV+KVK


iv. Kata tunggal empat suku kata atau lebih
Contoh:
anugerah {a+nu+ge+rah} V+KV+KV+KVK
masyarakat {ma+sya+ra+kat}KV+KV+KV+KVK
universiti {u+ni+ver+si+ti} V+KV+KVK+KV+KV
klasifikasi {kla+si+fi+ka+si}KKV+KV+KV+KV+KV
personifikasi {per+so+ni+fi+ka+si} KVK+KV+KV+KV+KV+KV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan