Rabu, 14 November 2012

Kenali Bahasa Melayu

Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, negara kita. Jumlah penutur Bahasa Melayu hampir mencecah 300 juta orang, kini menduduki tempat ke-empat sebagai bahasa terbesar jumlah penuturnya di seluruh dunia.  Dengan penyebarannya meliputi negara-negara yang terletak di rantau yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu. Di Kepulauan Melayu atau Alam Melayu, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di tiga (3) buah negara iaitu Malaysia, Brunei meskipun Indonesia menggunakan istilah Bahasa Indonesia. Singapura yang sekalipun hanya 14% penduduknya berbangsa Melayu tetapi mengistiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai salah satu bahasa rasminya.

Walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi namun demikian terdapat juga di kalangan rakyat Malaysia yang masih memandang 'enteng' penggunaannya dan lebih berbangga menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan dan memandang rendah dengan Bahasa Melayu. Mereka yang menggunakan Bahasa Melayu merasakan tidak 'standard' iaitu dipandang lekeh jika orang asing mendengarnya. Perkara ini tidak harus berlaku kerana buat apa kita hendak malu dengan berbahasa ibunda di negara sendiri. Cuba kita lihat, penduduk Jepun umpamanya amat berbangga dengan bahasa sendiri dan boleh maju dengan bertutur/penggunaan bahasa ibunda mereka.

Dengan demikian, mari lah sama-sama kita memartabatkan bahasa ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. Semoga laman Bijak Bahasa ini dapat membantu anda semua mendalami Bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan