Ahad, 18 November 2012

PERIBAHASA

Peribahasa adalah salah satu khazanah Bahasa Melayu yang diturunkan secara tradisi sejak nenek moyang kita dahulu. Ia dinyatkan secara lisan untuk menyampaikan sesuatu maksud dan makna secara kiasan ayat dengan tujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Mesej yang hendak disampaikan ialah supaya menjadi teladan dan pengajaran kepada orang lain.

 
Contoh:-
  • Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  • Darah daging
    Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

  • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

  • meninggi diri
    Maksud : Sombong

  • bermuka dua
    Maksud : Tidak jujur.

  • baik hati
    Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

  • tulang belakang
    Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

  • bara yang digenggam biar sampai jadi arang
    Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

  • bagai kaca terhempas ke batu
    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

  • melentur buluh biarlah dari rebungnya
    Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

  • duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
    Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

  • seperti lembu dicucuk hidung
    Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

  • yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
    Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

  • dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

  • terang hati
    Maksud : Lekas pandai.

  • rendah hati
    Maksud : Tidak sombong

  • murah hati
    Maksud : Pemurah.

  • tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

  • Tangan kosong
    Maksud : Hampa.

  • lintah darat
    Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

  • bagai aur dengan tebing
    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

  • anak dagang
    Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

  • Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

  • kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

  • indah khabar daripada rupa
    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

  • hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
    Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

  • bukit sama didaki, lurah sama dituruni
    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

  • kacang lupakan kulit
    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

  • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
    Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

  • masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
    Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

  • ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
    Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

  • memerah otak
    Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

  • kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
    Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

  • berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
    Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

  • yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
    Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

  • sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
    Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

  • bak cendawan tumbuh selepas hujan
    Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

  • bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

  • yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
    Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

  • mencari jalan
    Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

  • biar mati anak, jangan mati adat
    Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

  • sediakan payung sebelum hujan
    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

  • berbesar hati
    Maksud : Gembira.

  • anak buah
    Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

  • tuan rumah
    Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

  • yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

  • batu penghalang
    Maksud : Halangan

  • untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

  • bagai ikan pulang ke lubuk
    Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan