Ahad, 18 November 2012

Kata Ganda

KATA GANDA ialah satu proses pengulangan perkataan. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya. Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. Kata ganda terdiri daripada:

                (a) kata ganda seluruh;

                (b) kata ganda semu;

                (c) kata ganda separa;

                (d) kata ganda bersajak atau berima;

                (e) kata ganda berimbuhan.

 

Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :

(a) Gandaan Seluruh Kata

(b) Gandaan Separa / Separuh

(c) Gandaan Berirama

(d) Gandaan Menyaling

 

Gandaan Seluruh Kata

Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang (-). Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.

Contoh :

  • alat-alat
  • awal-awal
  • benar-benar
  • besar-besar
  • budak-budak
  • cacing-cacing
  • cepat-cepat
  • kereta-kereta
  • lazat-lazat,dan lain-lain.

 

Gandaan kata nama

Gandaan Kata kerja

Gandaan Adjektif /sifat

buku-buku

lembu-lembu

murid-murid

kawan-kawan

baring-baring

pandang-pandang

jalan-jalan

usik-usik

manis-manis

besar-besar

awal-awal

bulat-bulat

 

 Kata Ganda Semu

Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.

Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus. Kata ganda semu terdiri daripada kata nama.  Senarai Kata Ganda Semu

  • kuda-kuda
  • kupu-kupu,
  • kura-kura,
  • labah-labah,
  • layang-layang,
  • oleh-oleh,
  • onde-onde, dan lain-lain

 

Kata Ganda Separa

Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.Senarai Kata Ganda Bersajak/Berirama. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.

Senarai Kata Ganda Separa

  • bebawang
  • bebenang
  • bebudak
  • cecair
  • dedalu
  • dedaun
  • dedawai
  • gegendang
  • geguli
  • jejari
  • jejarum
  • jejentik
  • kekabu
  • kekisi
  • kekunci
  • kekuda
  • lelaki
  • lelangit
  • lelayang
  • pepejal
  • pepijat
  • pepenjuru
  • rerambut
  • sesiku
  • sesungut
  • tetamu
  • tetangga

 

Kata Ganda Bersajak/Berima

Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya:

  • persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
  • persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
  • penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.

 

Persamaan Bunyi

di Pangkal

Persamaan Bunyi

di Hujung

Penyesuaian Bunyi

Seluruhnya

batu-batan

anak-pinak

bolak-batik

beli-belah

calar-balar

compang-camping

bengkang-bengkok

cerai-berai

dolak-dalik

corat-coret

comot-momot

gopoh-gapah

degap-degup

gotong-royong

gunung-ganang

dentam-dentum

karut-marut

haru-biru

desas-Jesus

kaya-raya

huru-hara

gembar-gembur

kuih-muih

huyung-hayang

gerak-geri

pindah-randah

kacau-bilau

 

 

Gandaan Berirama

Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya. Contoh :

 

lauk-pauk

batu-bata

saudara-mara

bukit-bukau

kacau-bilau

tunggang-langgang

tanah-tanih

semak-samun

bengkang-bengkok

gelap-gelita

 

 

Gandaan Menyalin

Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. Perkataan keduanya ditambah me ( N ). Contoh :

 

tahu-menahu

tolong-menolong

jahit-menjahit

tarik-menarik

kejar-mengejar

sulam-menyulam

tawar-menawar

kata-mengata

sepak-menyepak

karang-mengarang

tari-menari

tangis-menangis

rampas-merampas

tumbuk-menumbuk

simpan-menyimpan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan