Rabu, 14 November 2012

Peranan Bahasa Melayu Dan Budaya Membaca




BAHASA MELAYU merupakan alat komunikasi yang sangat penting di dalam  kehidupan kita sehari-hari. Kita sebagai rakyat Malaysia patutlah berbangga dengan bahasa dengan bahasa kita kerana jika kita tidak berbangga dengan bahasa kita di mana letaknya bahasa kita.Buat apa kita mengagungkan bahasa asing yang pernah menjajah negara kita. Apa yang penting disini kita menggunakan bahasa kita di mana sahaja kita berada  dan dengan penggunaan bahasa yang betul , lama kelamaan bahasa kita akan menjadi terkenal dan menjadi bahasa yan dipertuturkan di seluruh dunia.


Penggunaan bahasa yang betul penting di dalam  kehidupan seharian. Ini kerana kita menggunakan Bahasa Melayu di dalam bebagai jenis bentuk komunikasi, penulisan, pembacaan dan sebagainya. Jika kita berbuat demikian kita adalah warganegara yang bertanggungjawab kerana mendaulatkan bahasa utama negara kita.


Bijakbahasa2020 mengajak anda mengetahui asas penggunaan asas Bahasa Melayu. Adalah  penting supaya setiap hokum dan peraturan  tatabahasa yang hendak diketengahkan mudah difahami dan diingati. Maka perbincangan dalam laman blog ini dimasukkan dengan contoh dan ayat yang mudah difaham.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan